This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, December 2, 2019


Tular baru-baru ini tentang kisah seorang Da’i yang telah bernikah dengan isteri kedua dengan seorang janda anak lapan di media sosial.

Tidak lain dan tidak bukan ia adalah Da’i Farhan. Dia didakwa telah bernikah tanpa pengetahuan isteri pertamanya yang kini sarat hamil 8 bulan.
Terkini, isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim telah memberitahu bahawa dia mengenali pasangan ini iaitu Da’i Farhan dan isteri keduanya yang dikenali sebagi Aireen.
Menerusi status yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Sheila memaklumkan bahawa mereka berkenalan ketika bersama-sama menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah pada September lepas.
“Kami kenal dekat Makkah… masa sama-sama pergi umrah hari tu. Panjang jodoh kami (terserempak di Bazaar Primawalk).
“Naik gua Hira’ sama-sama, makan nasi unta sama-sama walaupun ustaz terkena curahan sup panas, tetap senyum,”
“Tak naklah komen apa-apa. Sebab kami kenal pun masa sama-sama pergi umrah.
Dua-dua baik,”
Isteri Lan Solo telah berkongsi mengenai keperibadian dan sikap pasangan tersebut di laman Instagram miliknya pada pagi Selasa hari ini.
Apabila diminta untuk mengulas lanjut mengenai perkara yang disebut itu, Sheila tidak mahu komen apa-apa.
Tetapi menyifatkan pasangan pengantin baru itu memiliki keperibadian yang sangat baik.
Sebagai rekod, ustaz Nik Farhan menjadi buah mulut netizen apabila memuat naik sebuah status mengenai keikhlasannya berkahwin dengan seorang janda anak lapan di Makkah.
Nik Farhan sekerasnya menepis dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu adalah fitnah yang berkemungkinan dengan niat membalas dendam terhadap dirinya.
Ustaz Farhan telah membuat laporan polis serta tuntutan saman terhadap wanita yang dikenali sebagai Chess Maliki.

Nama pelakon Fasha Sandha tidak perlu lagi diperkenalkan kerana pelakon ini sememangnya sudah popular dengan sikap yang baik hati.

Terkini apabila seleberiti, Roslan Shah telah memberitahu bahawa dia tidak sama sekali menyangka pelakon popular ini adalah seorang yang berhati mulia.
Roslan Shah meluahkan rasa terharu apabila pelakon tersebut sanggup menawarkan diri bagi mencuci najis ibunya yang sedang sakit semasa melawat ke rumahnya di Singapura baru-baru ini.
Ini adalah luahan dan rasa terharunya Roslan Shah terhadap isteri kepada pelakon Aidil Aziz:

“Wanita yang bernama Fasha Sandha yang statusnya seorang pelakon popular… tidak ramai yang tahu sifat, hati dan caranya. Ini bukan rekaan cerita ya. Allah saja yang tahu dan ini bukan untuk memuji caranya kerana datang ke rumah saya.
“Semasa di bilik ibu saya membuang air besar. Apabila Fasha Sandha tahu ibu saya membuang air besar, dia dengan ikhlas hatinya masuk ke bilik ibu saya dan nak membantu saya basuh dan menukar pampers. Dari situ saya tersentuh dan sebak dalam hati tetapi saya diamkan diri saja,”
Menurut Roslan Shah walaupun ibunya bukan ahli keluarga, tetapi Fasha Sandha  sanggup melakukan perkara seperti itu.
Dia sempat memuat naik status dan bercerita mengenai kebaikan yang dilakukan oleh Fasha di laman Instagram miliknya pada Ahad.
Jelas Roslan lagi dia bukan mengambil kesempatan di atas keikhlasan isteri kepada Aidil itu namun sebaliknya lebih selesa menguruskan hal itu sendiri.
Ternyata sangat mulia hati Fasha yang sangup menghulurkan bantuan bagi mencuci najis ibu Roslan Shah.

Hati-Hati Buat ‘Peace Sign’ Ketika Bergambar, Cap Jari Tangan Boleh ‘Diklon’ – PDRM



Orang sekarang ramai yang suka memuat naik foto-foto menarik di dalam media sosial hanya untuk berkongsi dengan ramai. Tapi ramai di antara kita masih belum tahu kesan ‘Peace Sign’ sebenarnya dalam keadaan bahaya.

Kenapa bahaya?

Simbol saja, bukan apa-apa pun. Itulah ayat yang sering menjadi alasan kepada orang ramai yang tidak tahu bahaya simbol ini.
Satu kiriman daripada pihak Polis Diraja Malaysia melalui perkongsiannya di laman Facebook mengenai simbol ini. Selepas baca dibawah, mungkin anda akan berfikir dua kali untuk letak foto ‘peace’ anda dalam media sosial.

HATI-HATI BUAT ‘PEACE SIGN’ KETIKA BERGAMBAR

Anda suka membuat ‘peace sign’ ketika bergambar? Fikir semula selepas ini kerana aksi tersebut boleh menyebabkan maklumat peribadi anda dicuri oleh penggodam!
Pakar penyelidik keselamatan dari National Institute of Informatics (NII) di Jepun mendedahkan, cap jari tangan seseorang boleh dicipta semula melalui gambar yang diambil dari jarak tiga meter jauhnya.
Tambah mereka, penggodam tidak memerlukan teknologi yang hebat untuk mendapatkan cap jari selagi gambar yang diambil itu terang dan jelas.
Apabila ia berjaya diperoleh, penggodam boleh mengakses maklumat sulit dan peribadi seseorang (seperti maklumat perbankan) melalui telefon pintar ataupun tablet dengan mudah.
Kesimpulannya, biarpun sistem biometrik yang menggunakan pengesanan cap jari, mata dan wajah dilihat sebagai satu sistem keselamatan hebat, pengguna tetap perlu sentiasa berhati-hati.
Ini kerana, kehebatan penggodam era kini dalam bidang teknologi, sentiasa melihat peluang yang dicipta oleh pengguna (tanpa mereka sedari) untuk mencuri segala maklumat demi kepentingan mereka.

Jangan Ambil Mudah, Hukum Percaya Ramalan Zodiak, Ini Jawapan Mufti


Horoskop atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan dan planet.
Perkataan horoskop sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘melihat jam.’ Jadi untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui.
Tarikh itu pula akan jatuh pada satu daripada 12 lambang zodiak yang sedia ada iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capricorn, Aquarius dan Pisces.
Menurut ilmu astrologi, ramalan nasib adalah berdasarkan bintang. Ini disebabkan setiap zodiak itu mempunyai keperibadiannya yang tersendiri dan nasib setiap orang berdasarkan kepada zodiak serta kedudukan matahari, bulan dan planet pada hari itu.
Mesti ramai di antara kita yang sudah biasa mendengar mengenai lambang zodiak ini bukan? Ada yang berkongsikan dan mempercayai ramalan yang diberikan mengikut lambang zodiak ini.
Namun, timbul satu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang netizen kepada Twitter Mufti Wilayah, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung isu ini.

Apakah hukum bagi orang yang membaca tentang astrological sign/zodiac dan mempercayainya?

Assalamualaikum @drzul_albakri . Jika tidak keberatan, saya ingin bertanya kepada tuan mufti. Apakah hukum bagi orang yang membaca tentang astrological sign/zodiac dan mempercayainya?





View image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter



Menjawab persoalan tersebut, Mufti menegaskan bahawa Islam tidak membenarkan kepercayaan seperti itu dan melarang keras.

Islam melarang keras

Untuk mendapat penerangan yang lebih jelas, ikuti huraian oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan seperti di bawah.
Soalan: Apakah hukum mempercayai ramalan nombor, money magnet atau tarikh tertentu melalui ilmu metafizik?
Jawapan:
Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan metafizik sebagai falsafah mengenai segala yang di luar alam biasa. Di dalam Bahasa Arab, ilmu metafizik dikenali sebagai ilm ma ba’da al-ṭabīʿah. Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya. Antara ilmuwan Islam yang membahaskan perihal metafizik adalah Al-Kindi dalam Kitab fi Falsafat al-Ula, Risalah fi al-Ibanah ‘an Sujud al-Jirm al-Aqsa wa Ta’atihi Lillah dan Risalah fi Kammiyyat Kutub Aristatalis wama Yuḥtaju ilayhi fi Taḥsil al-Falsafah. Begitu Ibn Rushd dalam Tafsir Ma’ Ba’d Tabi’at.
Metafizik juga adalah kajian tentang alam ghaib, fenomenanya yang dicerap di alam nyata (secara langsung atau tidak) dan kaitannya dengan hukum-hukum tabi’e alam fizikal. Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti:
  • Apa itu kebenaran?
  • Adakah Tuhan wujud?
  • Siapa itu manusia?
  • Apakah itu kebebasan manusia?
  • Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
  • Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?
Justeru, secara khususnya metafizik tidaklah hanya membahaskan tentang nombor dan huruf bagi tujuan ramalan sebagaimana kefahaman segelintir masyarakat kita. Ia satu ilmu yang sangat luas mencakupi perbahasan ghaibiyyat dan alam tabi’e dan bukan semata-mata berkaitan ramalan masa depan. Ilmu penggunaan nombor dan huruf bagi tujuan ramalan lebih dikenali sebagai numerologi.
Tanpa menafikan ada sebahagian ulama’ yang menggunakan ilmu abjad/huruf/nombor ini untuk ikhtiar rawatan, ia sebenarnya boleh juga membawa kemudaratan bagi orang awam jika disalahfahami ilmu abjad/huruf/nombor ini sebagai musabbib al-asbab sekiranya terjadi kesembuhan.
Masa depan seseorang adalah termasuk dalam hal ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT. Firman Allah SWT:
قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.
(Surah al-A’raf: 188)
 Kami amat khuatir perbuatan tersebut menghampiri amaran Nabi SAW dalam sabdanya:
مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad”
(Riwayat Ahmad, no. 406)
Sabda Nabi SAW:
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Maksudnya: “Sesiapa yang datang kepada bomoh, lalu bertanya kepadanya sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari.”
(Riwayat Muslim, no. 4144)
Menurut Imam al-Nawawi: “Adapun maksud tidak diterima solatnya adalah orang tersebut tidak mendapatkan pahala. Namun solat yang ia lakukan tetap dianggap dapat menggugurkan kewajiban solatnya dan dia tidak perlu untuk mengulangi solatnya.” (Lihat Syarh Shahih Muslim, 14/227)
Kesimpulan
Firman Allah SWT:
قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
Maksudnya: “Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. ”
(Surah al-Naml: 65).
Kami cenderung untuk menyatakan bahawa mempercayai ramalan nombor, money magnet, amalan “cium duit”, sifat seseorang melalui tarikh atau nombor tertentu melalui ilmu numerologi adalah berdosa di sisi Islam. Begitu juga tidak ada nombor-nombor tertentu yang memberi aura berbeza sebagaimana yang dinyatakan oleh segelintir masyarakat kita dalam program-program motivasi.
Dalam masa yang sama, larangan ini juga dimasukkan dalam Garis Panduan Program Motivasi Berunsur Islam yang dikeluarkan oleh  JAKIM iaitu: Tidak menggunakan apa jua bentuk atau kaedah yang mempunyai unsur-unsur meramal nasib atau masa hadapan seperti kaedah numerologi, rahsia tarikh lahir, matrix code, rahsia abjad, rahsia tahi lalat,rahsia tulisan tangan, ilmu astrologi dan seumpama dengannya.
Semoga kita menginsafi akan kepentingan menjaga aqidah dan lebih berhati-hati ketika melibatkan diri dalam apa-apa program training dan motivasi.

Sumber : Twitter @drzul_albakrimuftiwp.gov.my