24,685
Emma Maembong, Syed Abdullah Didakwa Sudah Bernikah?
Susulan gambar mesra yang tersebar, hubungan pasangan tersebut terus menjadi tanda tanya netizen. Terdahulu, pasangan ini dikatakan sedang hangat bercinta apabila sering memuat naik foto bersama. Bagaimanapun, kepsyen gambar yang dimuat naik menjelaskan mereka hanya kawan baik sahaja.
Namun, hari ini tular lagi satu cerita dimana timbul dakwaan mengatakan bahawa Emma dan Syed Abdullah telah pun berkahwin.
Menerusi Instagram @memes_puaka, seorang individu mendedahkan bahawa Emma dan Syed merupakan pasangan suami isteri.
Individu itu turut mendakwa Syed Abdullah telah menunjukkan gambar pernikahan mereka berdua kepadanya. Menurut individu itu lagi, dia mendedahkan perkara tersebut kerana sudah melibatkan isu fitnah dan timbul rasa bersalah jika dia hanya mendiamkan diri sahaja.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada pihak Emma mahupun Syed Abdullah berhubung dakwaan tersebut.








0 comments:
Post a Comment